Recipes
Books
Clothes
HOW TO ORDER
kindly email to rushfa@tanjabok.com or check out this page for detail.
CLOTHES
Books
Baby Shop

Kerutuk ayam

Bahan-bahan:
1 kg ayam
1 paket serbuk kerutuk (dicampur dengan air untuk dijadikan paste)
7 biji bawang merah (di blend kan)
4 biji bawang putih (di blend kan)
1 paket Santan pekat
2-3 sudu kerisik
1 biji lada merah
2 batang serai (diketuk hujungnya)
1/2 keping gula melaka/nise
Rempah tumis – kulit kayu manis, pelaga, bga lawang, cengkih
Garam
Minyak  untuk tumis

Cara-cara:

  1. Tumis bawang dan rempah-rempah tumis sehingga naik bau.
  2. Masukkan paste kerutuk, kacau rata sehingga paste masak, masukkan gula melaka(nise).  Masukkan serai, dan air asam jawa.
  3. Selepas 3-4 minit, masukkan ayam, dan kacau sehingga rata. Tutup periuk dan biarkan ayam masak dengan api kecil.
  4. Masukkan santan bila ayam dah empuk, kacau. Masukkan garam, lada merah dan kerisek. Masak dengan api kecil, tutup periuk  dan tunggu naik minyak dan kuahnya menjadi pekat.
  5. Sedap dimakan dengan ikan kering, sambal belacan n acar.

Resepi asal: Anis Yussof n blog FB orang…(gmbr amik kat blog org jugak)


Label: Lauk, Recipes

Leave a Comment







Messages:

Tags: