Recipes
Books
Clothes
HOW TO ORDER
kindly email to rushfa@tanjabok.com or check out this page for detail.
CLOTHES
Books
Baby Shop

Tiramisu

Bahan-bahan:
2  tub                             Mascarpone Cheese
4 biji                               Telur (kuning telurnya di asingkan)
1  1/2    cawan                Gula
2 tub                              Double/Thick Cream (atau whip cream jika tiada kedua-dua bahan ini)
1 sudu besar                    Nescafe (dilarutkan dengan 2 cawan air)
1 paket                           Biskut chocolate chips
1 paket                           Serbuk coklat

Cara-cara :
1.  Adukkan gula ke dalam bekas yang berisi kuning telur. Gunakan teknik ‘double boiling’ iaitu; bekas yang berisi kuing telur dan gula itu tadi diletakkan di atas periuk yang sedang mendidih airnya sambil di kacau sehingga sebatian menjadi senang di gaul.
2. Gaulkan mascarpone cheese ke dalam sebatian tadi.
3. Putih telur yang diasingkan tadi dipukul menggunakan electronic mixer-at high speed sehingga mengembang menjadi seperti buih putih yang pejal.
4. Kemudian, di bekas lain, pukul Double cream/whipped cream sehingga texture nya mengembang (guna electronic mixer)
5. Satukan Double cream yang dipukul tadi ke dalam sebatian kuning telur dan gula. Gaulkan dengan perlahan dengan gerakan lipatan ke dalam.
6. Campurkan putih telur sedikit demi sedikit ke dalam sebatian di atas.
7. Celup biskut itu tadi ke dalam larutan nescafe dan susun biskut dalam bentuk satu lapisan di dalam bekas tiramisu. Tuang sebatian yang telah siap itu tadi ke atas lapisan biskut sehingga membentuk lapisan cream setebal 1cm. Taburkan serbuk coklat ke atas lapisan cream itu tadi.
8. Ulangi langkah ke 7 sehingga ke lapisan teratas. Di lapisan terakhir, decorate tiramisu dengan hirisan coklat masakan atau mengikut kreativiti masing2 (optional).
9. Simpan dalam peti ais minimum 5 jam.  Tiramisu siap untuk di makan. ^^v


Label: Dessert, Recipes

Leave a Comment







Messages: